Posts

Showing posts with the label forex

Hendak Mahir Trading?

Image
Tiada cara lain untuk menjadi mahir melainkan latih-tubi. Seperti mana pekerjaan yang lain, sesuatu yang dilakukan secara rutin akan menjikan kita mahir setelah beberapa tahun. Mulakan dengan membuka akaun demo untuk berlatih berdagang matawang. Ikuti video ini untuk langkah seterusnya. Tinggalkan komen di video jika terdapat sebarang keraguan/soalan.

Tidak Tenang Masa Trade

Image
Sebab apa? Trade pakai duit lebihan belanja harian, bukan pakai duit yang diperlukan untuk bulan ini dengan harapan 'ganti' semula lepas untung trading. Dengan ini, kita tidak akan kisah jika rugi 100% sekalipun. Jadi elakkan trade dalam keadaan ini.

Untung Ke Follow Signal Forex?

Image
Jawapan mudahnya, ya.  Rugi itu pasti. Dengan pengetahuan analisis graf dan pasaran, anda boleh buat untung dengan mengambil signal yang diberikan dan padankan dengan analisa anda sendiri. Bunyi mudah tetapi tidak senang. Jangan murah nanti kalau orang lain tunjuk untung berpuluh-puluh ribu tetapi akaun anda margin call. Pengetahuan dan modal mereka adalah berbeza dengan anda.

Mengatasi kegagalan trade

Image
Bagaimana cara untuk mengatasi kegagalan trade setelah entry anda mengenai paras stop loss dan melebihi 10% modal? Jawapannya adalah berhenti trade untuk hari itu dan lakukan perkara yang lain seperti menonton TV dan sebagainya. Ini adalah untuk mengelakkan entry seterusnya yang hanya akan dilakukan berlandaskan emosi. Masih akan ada peluang baru keesokan harini. Market tidak akan lari ke mana-mana. Anda masih ada 90% dari modal asal untuk terus berjuang dan ini lebih baik dari tinggal dengan hanya 50% atau 1%. Pada waktu itu, peluang untuk kembali ke modal asal adalah salah sukar melainkan anda telah berjaya melenyapkan emosi dari entry anda.

Selamatkan modal dengan fungsi "internal transfer"

Image
Kebanyakan broker biasanya menyediakan fungsi menambah beberapa akaun MT4 & MT5. Jadi, kita boleh membuat 2 akaun dimana satu akaun digunakan untuk trade dan satu lagi untuk menyimpan keuntungan. Contoh: Akaun 1 telah memperoleh keuntungan 3.00 USD dari modal 100 USD (103 total). Pindahkan dengan internal transfer ke akaun 2. Ulang langkah ini sehingga ke suatu jumlah yang anda rasa cukup untuk di pindahkan ke akaun semasa bank anda.

Berapa banyak wang untuk mula trading?

Image
Untuk risiko 1% dan keuntung 2% (risiko dan keuntungan 1:2), daftar dan gunakan akaun mikro dengan modal 10 USD. Cuba mula trade dengan lot 0.01 (1 per 100 dari 1 sen). Setelah 2 minggu dengan keuntungan, cuba naikkan lot ke 0.02 dan seterusnya. Selamat mencuba! Guru yang terbaik adalah kegagalan. Anggap kerugian sebagai yuran belajar.

Terlebih Trade

Image
Pernahkah anda rasa sangat konfiden apabila telah untung beberapa kali dan tidak sabar untuk entri sekali lagi untuk menambah lagi keuntungan? Hentikan! Apabila anda terlebih trade (overtrade), kesilapan mudah berlaku kerana anda tidak lagi fokus. Sekala teknik dan plan yang anda gunakan akan gagal. Antara tanda-tandanya, anda mula terfikir: "Kalau saya tidak masuk entri ni tadi, mesti masih untung lagi dalam 10% & dah cukup target minggu ini". Sila ke FB Umar FX Tips untuk lebih banyak lagi tips dan video: https://www.facebook.com/umarfxtips